Riyadhus Shalihin – Taman
Orang-orang Shalih
Bab
77
Marah Jikalau
Kehormatan-kehormatan Syara' Dilanggar Dan Membantu Untuk Kemenangan Agama
Allah Ta'ala
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan
suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya." (al-Haj: 30)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Jikalau engkau memberikan pertolongan kepada agama Allah
maka Allah pasti memberikan pertolongan kepadamu semua dan menetapkan
kaki-kakimu." (Muhammad: 7)
Dalam bab ini
Hadis-hadisnya termasuklah Hadis Aisyah yang terdahulu dalam bab Memaafkan.
Dari Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amr al-Badri r.a., katanya:
"Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata:
"Sesungguhnya saya nescayalah membelakangkan diri dari solat subuh - yakni
tidak ikut berjema'ah - kerana si Fulan itu, kerana ia memanjangkan bacaan
suratnya untuk kita."
Maka saya - Abu
Mas'ud - sama sekali tidak pernah melihat Nabi s.a.w. marah dalam nasihatnya
lebih daripada marahnya pada hari itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Hai
sekalian manusia, sesungguhnya di antara engkau semua ada orang-orang yang
menyebabkan larinya orang lain. Maka siapa saja di antara engkau semua yang
menjadi imam orang banyak - dalam bersembahyang - hendaklah ia menyingkatkan
bacaannya, sebab sesungguhnya di belakangnya itu ada orang yang sudah tua, anak
kecil dan ada pula orang yang segera hendak mengurus keperluannya."
(Muttafaq 'alaih)
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w.
datang dari berpergian dan saya telah memberikan tutup dalam rumahku dengan
tabir yang tipis sekali, di situ ada beberapa gambar boneka. Setelah Rasulullah
s.a.w. melihatnya lalu dirosaknya dan berubahlah warna wajahnya serta bersabda:
"Hai
Aisyah, sesangat-sangatnya manusia dalam hal seksanya di sisi Allah pada hari
kiamat ialah orang-orang yang menyamai dengan apa-apa yang diciptakan oleh
Allah." (Muttafaq 'alaih)
Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya orang-orang
Quraisy disedihkan oleh peristiwa seorang wanita dari golongan Makhzum yang
mencuri - dan wajib dipotong tangannya. Mereka berkata: "Siapakah yang
berani memperbincangkan soal wanita ini dengan Rasulullah s.a.w.?"
Kemudian mereka berkata pula: "Tidak ada rasanya seseorang pun yang berani
mengajukan perkara ini - maksudnya untuk meminta supaya dimaafkan dan hukuman
potong tangan diurungkan - melainkan Usamah bin Zaid, iaitu kecintaan
Rasulullah s.a.w. Usamah lalu membicarakan hal tersebut pada beliau s.a.w.,
kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau hendak meminta tolong
dihapuskannya sesuatu had - hukuman - dari had-had yang ditentukan oleh Allah
Ta'ala?" Seterusnya beliau berdiri dan berkhutbah: "Hanyasanya yang
menyebabkan rosak akhlaknya orang-orang yang
329
sebelummu semua
itu ialah karena mereka itu apabila yang mencuri termasuk golongan yang mulia
di kalangan mereka, orang tersebut mereka biarkan saja-yakni tidak diterapi
hukuman apa-apa, sedang apabila yang mencuri itu orang yang lemah - miskin dan
tidak berkuasa, maka mereka laksanakanlah hadnya. Demi Allah yang mengurniakan
keberkahan, andaikata Fathimah puteri Muhammad itu mencuri nescaya-lahsaya
potong pula tangannya,"-yakni sekalipun anak sendiri juga harus diterapi
hukuman sebagaimana orang lain. (Muttafaq 'alaih)
Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melihat ada hingus di
arah kiblat, maka hal itu dirasakan amat berat sekali dalam hatinya, sehingga
tampaklah di wajah beliau itu. Selanjutnya beliau berdiri dan menggaruknya -
yakni menggosok-gosoknya - dengan tangan nya - dan hingus itu dapat hilang
sebab telah kering. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya apabila
seseorang di antara engkau semua itu berdiri dalam solatnya, maka sebenarnya ia
sedang bermunajat kepada Tuhannya di kala itu dan bahawasanya Tuhannya itu di
antara dirinya dan antara kiblat. Maka dari itu janganlah seseorang di antara
engkau semua itu berludah di arah kiblat, tetapi berludahlah di arah kiri atau
di bawah kakinya." Seterusnya beliau s.a.w. mengambil hujung selendangnya,
lalu berludah di situ, kemudian membolak-balikkan sebahagian selendang itu
dengan bahagian lainnya - yakni digosok-gosokkan ludah tadi dengan kain
selendang nya berulang kali. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Atau
mengerjakan sedemikian ini." (Muttafaq 'alaih)
Adapun perintah
berludah di arah kiri atau di bawah kaki itu apabila orang tersebut
bersembahyangnya tidak di dalam masjid. Tetapi jikalau di dalam masjid, maka
janganlah berludah melainkan wajib diletakkan dalam pakaiannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan