Riyadhus Shalihin – Taman
Orang-orang Shalih
Bab
46
Keutamaan Mencintai Kerana Allah Dan Menganjurkan Sikap
Sedemikian, Juga Memberitahukannya Seseorang Kepada Orang Yang
Dicintainya
Bahawa Ia Mencintainya Dan Apa Yang Diucapkan Oleh Orang Yang Diberitahu
Sedemikian Itu
Allah Ta'ala berfirman:
"Muhammad adalah Rasulullah dan orang-orang yang beserta
Muhammad itu mempunyai sikap keras - tegas - terhadap kaum kafir, tetapi saling kasih-mengasihi antara sesama kaum
mu'minin." sampai ke akhir surat. (al-Fath: 29)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan orang-orang yang telah lebih dulu dari mereka
bertempat tinggal dalam kampung - Madinah - serta beriman 39, mereka
menunjukkan kasih-sayang kepada orang yang berpindah ke kampung mereka
itu." (al-Hasyr: 9)
374. Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
"Ada tiga
perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka
orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya
lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu
mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan karena
Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran
setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau
dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Ada
tujuh macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya
pada hari tiada naungan melainkan naunganNya 40 - yakni pada hari kiamat, iaitu: imam
- pemimpin atau kepala - yang adil, pemuda yang tumbuh - sejak kecil - dalam
beribadat kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinya tergantung -
sangat memperhatikan - kepada masjid-masjid, dua orang yang saling
cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian
serta berpisah pun demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang
mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya
saya ini takut kepada Allah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu
ialah wanita oleh seorang Ielaki, seseorang yang bersedekah dengan suatu
sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu - tidak menampak-nampakkannya,
sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang
dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada
Yang dimaksudkan ialah kaum Anshar
radhiallahu 'anhuma, sebab merekalah yang menetap terus di Madinah dan telah
meresaplah rasa keimanan dalam jiwa mereka.
Naungan Tuhan ini dapat diartikan
secara sebenarnya yakni naungan dari 'arasynya Tuhan, tetapi dapat pula
diertikan sebagai kinayah yakni dalam lindungan Tuhan dan ditempatkan di tempat
yang dimuliakan.
227
Allah di dalam
keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya." 41 (Muttafaq
'alaih)
376. Dari Abu Hurairah r.a. pula,
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat: "Manakah orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri
naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri." (Riwayat
Muslim)
377. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Zat
yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau semua tidak dapat masuk
syurga sehingga engkau semua beriman dan engkau semua belum disebut beriman
sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Sukakah engkau saya beri petunjuk
pada sesuatu yang apabila itu engkau semua lakukan, maka engkau semua dapat
saling cinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara engkau semua."
(Riwayat Muslim)
Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada
seorang Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian
Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan,"
kemudian dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya
Allah itu menctntaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana
Allah." (Riwayat Muslim)
Hadis ini telah lalu dalam bab yang
sebelum ini - lihat Hadis no. 260.
Dari Albara' bin 'Azib radhiallahu'anhuma dari Nabi s.a.w.
bahawasanya beliau bersabda mengenai golongan sahabat Anshar:
"Tidak
mencintai kaum Anshar itu melainkan orang mu'min dan tidak membenci mereka itu
melainkan orang munafiq; barangsiapa yang mencintai mereka, maka ia dicintai
oleh Allah dan barangsiapa membenci mereka, maka mereka dibenci oleh
Allah." (Muttafaq 'alaih)
Dari Mu'az r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman:
"Orang-orang
yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu, maka mereka itu akan memiliki
mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para syahid -
mati dalam peperangan untuk membela agama Allah."
Diriwayatkan
oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dari Abu ldris al-Khawlani rahimahullah, katanya: "Saya
memasuki masjid Damsyik, tiba-tiba di situ ada seorang pemuda yang bercahaya
giginya - yakni suka sekali tersenyum - dan sekalian manusia besertanya. Jikalau
orang-orang itu berselisih mengenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan
persoalan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan
Meleleh airmatanya, maksudnya ialah
kerana ingatannya memusat betul-betul kepada Allah, merasa banyak dosa yang
dilakukan, juga karena amat rindu untuk segera bertemu denganNya dalam keadaan
diridhai olehNya.
228
huraian
dari pendapatnya, kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima
jawapan: "Ini adalah Mu'az bin Jabal. Setelah hari esoknya, saya datang
pagi-pagi sekali, lalu saya dapati Mu'az sudah mendahului saya datang paginya.
Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia
menyelesaikan shalatnya. Seterusnya sayapun mendatanginya dari arah mukanya,
lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata: "Demi Allah,
sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah." Ia berkata: "Kerana
Allahkah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Ia berkata:
"Kerana Allah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Mu'az
lalu mengambil belitan selendangku,kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus
berkata: "Bergembiralah engkau, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman - dalam
Hadis Qudsi: "Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling
ziarah-menziarahi kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Almuwaththa' dengan isnadnya yang
shahih.
Sabda Nabi s.a.w.: Hajartu
ertinya berpagi-pagi sekali mendatangi, ini adalah dengan syaddahnya jim.
Sabdanya s.a.w.: Aallahi, faqultu: Allah.
Yang pertama dengan hamzah mamdudah untuk istifham - pertanyaan, sedang yang
kedua tanpa mad.
Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad - di sebagian naskah disebut
al-Miqdam-bin Ma'dikariba r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau
seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada
saudaranya itu bahawa ia mencintainya."
Diriwayatkan
oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
Dari
Mu'az r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya dan
bersabda:
"Hai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu.
Kemudian saya hendak berwasiat padamu hai Mu'az, iaitu: Janganlah setiap
selesai shalat meninggalkan bacaan - yang ertinya:
Ya Allah,
berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu, juga
berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu."
Hadis shahih
yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Nasa'i dengan isnad shahih.
Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berada di
sisi Nabi s.a.w., lalu ada seorang lelaki lain berjalan melaluinya, lalu orang
yang di dekat beliau berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mencintai
orang ini." Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah engkau sudah memberitahukan
padanya tentang itu?" Ia menjawab: "Tidak - belum saya
beritahukan." Nabi s.a.w. bersabda: "Beritahukanlah padanya."
Orang yang bersama beliau s.a.w. lalu menyusul orang yang melaluinya tadi, lalu
berkata: "Sesungguhnya saya mencintaimu." Orang itu lalu menjawab:
"Engkau juga dicintai oleh Allah yang kerana Allah itulah engkau mencintai
aku."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan
isnad shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan